- Apa kandungan video (VOD) TVIKIM?
TVIKIM menyajikan anda dengan Video On Demand bagi segmen radio IKIMfm dan rancangan khas terbitan TVIKIM - Bagaimana saya boleh mengakses video tersebut?
Anda boleh pergi kelaman web www.tvikim.my untuk mengakses dengan pendaftaran percuma. - Apakah manafaat utama saya berdaftar dan melanggan perkhidmatan TVIKIM?
Anda bakal menikmati video terbitan IKIM yang terdiri daripada rakaman konti IKIMfm dan rancangan terbitan khas TVIKIM dimana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan Komputer, laptop, tablet dan telefon pintar anda. - Adakah saya perlu membayar untuk menonton video di TVIKIM?
Ketika ini langganan dan pendaftaran adalah percuma bagi semua video dengan label percuma. Namun tidak lama lagi pakej berbayar dengan harga yang berpatutan akan dikenakan (Sila rujuk laman info di www.tvikim.my/info untuk maklumat lanjut). - Bagaimana caranya saya boleh melanggan ?
Mudah sahaja, pergi ke laman web www.tvikim.my dan langgan atau daftar menggunakan maklumat emel atau akaun media sosial anda. - Bolehkah saya berhenti melanggan?
Buat masa ini belum terdapat pilihan untuk berhenti melanggan. Pilihan ini akan kami adakaan pada masa hadapan. - Bolehkah saya menonton menggunakan aplikasi android atau IOS?
Inshallah, anda akan boleh mendapatkannya tidak lama lagi.