PUASA MEMBENTUK TAQWA Meraihkan keredhaan utama adalah satu elemen vital dalam membina diri menjadi ummah sejati. Dalam konteks meraih keredhaan Allah, individu muslim haruslah berusaha merubah diri untuk menjadi yang lebih baik serta bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, terdapat jalan yang membuka ruang untuk menjadi insan bertaqwa kepada Allah dengan meniliti aspek kendiri dari segi input, proses, output dan kesan. Aspek yang perlu dinilai jua adalah tentang bagaimana cara untuk mempersiapkan diri serta berterusan melakukan ibadah di dalam bulan suci Ramadhan ini disamping mencari keredhaan dan mencapai darjat ketinggian taqwa hanyalah kepada Allah SWT.
RAMADAN WARRIOR (En Zaid Mohamad Perunding “Smart Parenting”) Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah dalam menguji iman disamping meningkatkan kualiti individu dan sifat kendiri. Demikian, bagaimana untuk kita mendidik anak-anak untuk turut berpuasa dan beribadah kepada Allah SWT di dalam bulan yang suci ini? Perkongsian daripada En Zaid Mohammad, Perunding Smart Parenting perihal Ramadhan Warrior. Untuk ketahui cara dalam menjadikan anak-anak sebagai hero atau heroin dalam medan kehidupan ini, ikuti video ini.
Menyedari norma sebagai seorang insan dan hambaNya adalah sepenuhnya mengabdikan diri kepada Allah. Hasil mujahadah yang maksima, serius dan istiqamah menjadikan diri sebagai muslim sejati. Sesungguhnya, hakikat insan mempunyai 2 komponen utama iaitu jasad dan roh atau rohani. Berpuasa adalah salah satu usaha individu untuk terus patuh dan berusaha menjadi mukmin yang terbaik di dunia pinjaman Allah SWT ini. Ayuh ikuti perkongsian dari Dr Nik Roskiman Abdul Samad Felow Kanan Syarak mengenai Hakikat Insan 1. Dr Nik Roskiman Abdul Samad Felow Kanan Syarak
HAKIKAT INSAN (BAHAGIAN 2) Setiap individu mempunyai misi dan visi yang tersendiri untuk mencapai keberkatan kehidupan. Antara perkara yang penting adalah usaha dalam melawan nafsu dan mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Justeru itu, hadirnya bulan suci Ramadan ini adalah untuk bermuhasabah diri dengan menghindari perkara yang buruk dan berusaha memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. Untuk mengetahui hakikat insan seterusnya, ikuti perkongsian Dr Nik Roskiman Abdul Samad Felow Kanan Syarak di dalam Tarbiah Ramadan. Dr Nik Roskiman Abdul Samad Felow Kanan Syarak
BATASAN RAMADAN GOLONGAN WANITA Setiap perkara yang ditetapkan olehNya adalah pasti disertakan jua dengan pelbagai kecantikkan hikmah. Oleh yang demikian, disaat merebut manfaat daripada bulan suci Ramadan ini, terdapat satu batasan beribadah kepada golongan wanita. Namun disebalik keterbatasan itu, terdapat jua cara lain untuk golongan wanita terus beribadah kepada Allah SWT. Islam itu indah dan mudah bukan? Jadi untuk ketahui tentang kupasan lanjut topik batasan beribadah golongan wanita ini, ikuti video ini. Ustazah Asma’ Bt Harun Penyumbang Radio Ikim
NIAT PUASA BULAN RAMADAN Melihat setiap konteks perlakuan manusia adalah berasaskan niat. Niat merupakan tunjang utama dalam memandu segala tingkahlaku, percakapan dan sebagainya. Niat juga penting adalah kerana ia merupakan amalan hati. Malah, kesempurnaan sesuatu ibadah itu juga adalah bermula dengan niat. Untuk mengetahui peri pentingnya niat dalam melaksanakan satu ibadah kepada Allah, tontonlah perkongsian mengenai Niat Puasa Bulan Ramadhan. Mohamad A'sim Bin Ismail Ketua Unit Editorial
RAMADAN TANPA PEMBAZIRAN Mengapa perlu membazir selagi boleh dimakan dan diselamatkan?. Pembaziran adalah amalan syaitan dan mukmin yang berjaya adalah tidak tergolong dalam golongan yang membazir mahupun dari aspek makanan, masa dan sebagainya. Melihat konteks bulan suci Ramadan ini adalah tidak digalakkan untuk berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. Islam sememangnya menggalakan kesederhanaan dalam setiap perihal kehidupan. Sesungguhnya, lihatlah dunia pinjaman ini dengan menunduk, maka akan kita mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Azrina Sobian Felow Kias
RAMADAN :JIMAT WANG ( Tn Shamsuddin Kadir, Perunding Kewangan) Menjelang ramadan ini, sedang kita asyik menumpu mata pada yang berharga sampai terlupa yang ada. Ingatlah bahawa duit yang kita miliki, dipunyai hak jua kepada orang yang lebih memerlukannya. Lazimnya, di bulan Ramadan ini mewah dengan makanan dan dugaan memilih pakaian raya dan sebagainya. Seyogianya kita berjimat dengan wang dan digunakan kepada jalan yang lebih baik dalam memanfaatkan Ramadan sebagai bulan mencapai keredhaan Allah SWT. #ikim #TarbiahRamadan #jimat #ShamsuddinKadir. Tn Shamsuddin Kadir Perunding Kewangan
PUASA DAN MANFAAT KEPADA KESIHATAN (Dr. Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh, Pengarah Pusat Kias) Ramai tidak sedar tentang manfaat puasa kepada kesihatan fizikal, mental mahupun spiritual. Hadirnya bulan Ramadan yang penuh manfaat sudah pastinya bukan untuk menyeksa malah ia membantu sistem pencernaan badan dan membantu meminima risiko penyakit. Untuk melihat bagaimana puasa turut menyelesaikan polemik kesihatan disamping memberi manfaat kepada kesihatanm ikuti perkongsian ini. #ikim #puasa #kesihatan #ikim #KIAS
PANDUAN IBADAH MALAM DI BULAN RAMADAN ( Ustazah Asma’ Bt Harun, Penyumbang Radio Ikim) Puasa bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Sememangnya setiap detik dan hari bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan hari. Allah memberikan kelebihan yang banyak dalam bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh itu, dalam membina sifat kendiri dan melatih diri menjadi muslim sejati adalah digalakkan untuk menghidupkan setiap malam di bulan Ramadan yang penuh barakah ini agar mencapai kemenangan dalam menjadi muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru untuk mengetahui bagaimana panduan ibadah malam di bulan Ramadan, ikuti video ini. #ikim #puasa #ibadah #ramadan #ustazahasma
MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT, RAMADAN BERKAT (Pn Nurkumala Awang, Felow Kias) Sesungguhnya Allah SWT mengkhususkan bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keistimewaan disamping mencari keberkataan Ramadan. Bulan Ramadan terkenal dengan bulan yang dihujani dengan pelbagai variasi makanan di bazar Ramadan dan sebagainya. Bagi mencari keberkatan Ramadan juga meliputi aspek pemilihan makanan agar tidak berlaku pembaziran dan kemudaratan kesihatan individu. Makanan yang diambil hendaklah mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi zat dan tidak berlebihan. Berpaksikan kesederhanan ini adalah memandu individu muslim untuk mencapai keberkatan bulan Ramadan, bulan suci Ilahi. #ikim #puasa #ibadah #ramadan #
PENGHAYATAN RAMADAN DI ERA MEDIA SOSIAL ( Mohd Noor Omar, Felow Syarak Ikim) Dalam meniti era globalisasi kemajuan teknologi tanpa sempadan ini adalah menjadi salah satu cabaran kepada generasi millenial untuk memberi penghayatan sepenuhnya kepada ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Kadangkala sehinggakan individu terpaksa mengambil inisiatif untuk memadamkan media sosial agar menjamin kualiti ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Bagi mengetahui kupasan lanjut mengenai topik ini, ikuti perkongsian Encik Mohd Noor Omar, Felow Syarak IKIM. #ikim #puasa #ibadah #ramadan
MEMBACA, MENGHAYATI & MENGAMALKAN AL-QURAN PADA BULAN RAMADAN Dalam menjalani ibadah puasa ini hendaklah selari dengan seringkali membaca, bertadabur, menghayati dan mengamalkan Al Quran. Terdapat pelbagai cara untuk kita menghayati al quran adalah dengan memahami dan mendalami ayat yang dibaca. Sesungguhnya, jangan tunggu waktu luangmu untuk membaca Al Quran, tapi luangkanlah waktumu untuk membaca Al Quran dan jadikanlah Al Quran sebagai sahabatmu kerana ia adalah petunjuk sebenar-benarnya kebenaran. #ikim #puasa #ibadah #ramadan Ustazah Asma’ Bt Harun Penyumbang Radio Ikim
BERSEDEKAH SECARA SISTEMATIK BAGI MENGELAK PEMBAZIRAN ( Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara) Bagi menyahut matlamat utama Wawasan 2020 dalam melahirkan masyarakat yang kamil, berfikiran kelas pertama haruslah menplementasikan sesuatu perkara dengan penuh rasional dan relevan. Justeru itu, bagi membantu dan membasmi tahap kemiskinan serta kedaifan hidup di negara Malaysia ini, kita haruslah saling memberi dan meringankan tangan untuk bersedekah. Namun, terdapat cara yang efisien untuk bersedekah disamping mengelakkan pembaziran berlaku. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perihal ini, ikuti kupasan topik dengan menonton konten video ini. #ikim #puasa #ibadah #ramadan
TIPS PEMANDUAN PULANG BERHARI RAYA ( Datuk Ir. Mohamad Dalib, Penyumbang Radio Ikim) Anda sayang keluarga anda? Anda sayang nyawa anda? Ketahuilah kewujudan diri anda membawa seribu makna kebahagian kepada insan yang tersayang. Oleh itu, saat Syawal menjelang tiba, sudah tentunya anda membuat perancangan untuk pulang ke kampung halaman bukan? Dalam konteks ini, kesesakan lalu lintas sememangnya sukar dielakkan oleh kerana majoriti individu akan pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Lantas itu, terdapat beberapa tips pemanduan pulang berhari raya yang dapat IKIM kongsikan pada kali ini. #ikim #puasa #ibadah #ramadan Datuk Ir. Mohamad Dalib Penyumbang Radio Ikim
RAYA IKUT ISLAM VS ORANG ISLAM (Tn Shamsuddin Kadir , Perunding Kewangan) Fikiran kusut memikirkan Syawal menjelang tiba? Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…” Nabi Muhammad S.A.W memperkukuhkan lagi kenyataan itu dengan mengatakan bahawa sesungguhnya agama itu adalah mudah dan tidak membebankan. Hakikatnya, bukanlah Islam itu sendiri yang membebankan tetapi oleh kerana masyarakat kini mengejar arus trend semasa sehinggakan kehendak jua menjadi satu keperluan. #ikim #puasa #ibadah #ramadan
MENGAPA KITA BERTAKBIR DI HARI RAYA Apabila Syawal menjelang tiba, antara perkara yang sinonim dengan bulan Syawal adalah takbir Hari Raya Aidilfitri. Kadang sayup kedengaran mengenangkan insan tersayang malah ada jua yang seringkali bermuhasabah diri dengan mengagumi kuasa Allah SWT yang pastinya tiada tandingan. Takbir juga adalah sebagai tanda syukur hambaNya yang telah mencapai kemenangan serta menzahirkan kebesaran Allah SWT. Untuk ketahui lebih lanjut, ikuti perkongsian ini bersama Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari. #ikim #puasa #ibadah #Aidilfitri #Syawal USTAZ RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI PENYUMBANG RADIO IKIM
KEMAAFAN ADALAH HADIAH PALING SUCI (En Zaid Mohamad, Perunding “Smart Parenting”) Sesungguhnya, memaafkan tidak akan mengubah masa lalu, namun mempermudahkan masa hadapan. Bagi meraih ketenangan kehidupan, kita haruslah memohon kemaafan dan jua memaafkan orang lain. Percayalah, masih tidak terlambat lagi untuk mengubah segalanya selagi masih ada nafas yang diberikan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat pada permulaan, tetapi Allah melihat proses dan nilai pengakhiran. Mungkin berat untuk memberi sebuah kemaafan, tapi percayalah dengan memberi kemaafan hati kita pastinya beroleh ketenangan. #ikim #puasa #ibadah #ramadan #aidilfitri #rayapuasa #hariraya
ADAB ZIARAH MENZIARAHI ( USTAZ RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI, PENYUMBANG RADIO IKIM) Lazimnya, ziarah menziarahi amat sinonim dengan budaya di Malaysia yang bersifat kolektif, Melihat konteks ini, Islam juga amat menggalakkan umatNya untuk saling ziarah menziarahi kerana dapat mengeratkan silaturahim. Walaubagaimanapun, seiring dengan konteks agama Islam adalah agama yang penuh menjaga kehormanian dan ketatasusilaan, kita sebagai seorang muslim berjaya perlu menjaga adab. Oleh itu, bagi mengetahui tentang adab ziarah menziarahi, ikuti tarbiah ini. #ikim #puasa #ibadah #ramadan #aidilfitri #rayapuasa #hariraya
ISTIQAMAH SELEPAS RAMADAN (USTAZ RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI, PENYUMBANG RADIO IKIM) Melihat aspek melahirkan insan yang cemerlang, sifat dan nilai istiqamah perlu dititikberatkan. Hal ini adalah kerana, setiap percubaan dalam menjadi insan yang baik adalah memerlukan amalan rutin yang berterusan agar menjadi satu sifat kelaziman. Sememangnya, bukanlah mudah untuk kita berusaha berubah melakukan kebaikan, inikan pula berterusan seolah tiada halangan. Namun, kepayahan itulah yang menjadi kemenangan abadi dalam menggapai keredhaan Ilahi. Untuk mengetahui tentang kupasan nilai istiqamah ini, ikuti perkongsian ini. #ikim #puasa #ibadah #ramadan #aidilfitri #rayapuasa #hariraya