Proportion
TARBIYAH - Episod 22

USTAZ SOMAD - IKIMFM (FIQH MAZHAB)

Ustaz Somad - IKIMfm (Fiqh Mazhab)
Horizontal Banner

Kupasan Tarbiyah musim ini menampilkan penceramah Ust Syahrizan Daud At-Turabi membincangkan lihat, fikir dan zikir. Bagaimana kita lihat dan fikir ? Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali selepas solat akan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT". Bagaimana melihat sesuatu mendekatkan zikir kepada Allah ? Antara Pengajaran dalam surah Ali-imran ayat 190-191 tentang orang yang berakal (ulu-Albab) adalah orang yang sentiasa mengingati Allah, malah dia berfikir serta berzikir selepas dia melihat kejadian ciptaan Allah bukan sia-sia. Ayuh kita hayati bersama!

00:00:00 /

Pencerahan tarbiyah kali ini menrungkai tentang 'Cukupkah sekadar mukmin' bersama Ust Syahrizan Daud At-Turabi . Kupasan di atas merujuk tentang Seorang islam tidak semestinya dan seorang mukmin tidak semestinya dia benar-benar islam . Dalam surah Al-Mukmin ayat 1-11 juga menceritakan 6 golongan ciri-ciri mukmin dan Dalam surah Al-Baqarah ayat 4-5 turut menyentuh 5 golongan mukmin. Antaranya ialah orang yang percaya dengan perkara yang ghaib, orang yang mendirikan solat, seseorang mukmin apabila diberikan harta dia menginfakkan hartanya, orang yang beriman dengan nabi SAW dan kitab-kitabNya serta orang yang menyakini hari Akhirat. 5 golongan ini bukan sekadar mukmin, tetapi mahu menjadi mukmin yang sebenar-benar berjaya. Ayuh kita kongsikan pencerahan bersama!

00:00:00 / 00:49:18

Pencerahan tarbiyah kali ini memperincilkan tentang ' karekteria Bukan sekadar mukmin sambungan bahagian 2' bersama Ust Syahrizan Daud At-Turabi. Dalam surah Al-Mukmin ayat 1-11: Antara karekter orang mukmin ialah orang khusyuk dalam solat, orang yang menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia serta perbuatan tidak berfaedah. Perbuatan tidak berfaedah atau Lara yang disegelintir manusia menyifatkan seperti permainan bola, golf, dan snooker dan sebagainya. jika perkara itu diubah kepada perkara yang baik dengan mengambarkan dia seseorang yang ikhlas kerana Allah dan orang itu juga yakin dengan setiap rezeki yang Allah berikan. Marilah sama-sama kita menjadi mukmin bukan sekadar mukmin !

00:00:00 / 00:46:49

Kupasan kali membicarakan berkenaan " kita adalah diri". Antara empat perkara yang perlu ada dalam diri orang mukmin ialah element Muraqabah ( sistem pengawasan), sistem pengorbanaan, sistem pengukuran dan sistem penghukuman. Sistem pengawasan dalam setiap langkah kita, nescaya kita tidak akan berbuat keburukan dan kejahatan. Adakah diam sahaja apabila berlaku maksiat dihadapan kita? bagaimana mahu meneruskan reda kepada Allah SWT ? Jom meneruskan lebih mendalam!

00:00:00 / 00:48:04

Pencerahan tarbiyah kali ini memyungkai tentang '5 perkara sebelum 5 perkara' bersama Ust Syahrizan Daud At-Turabi. 5 perkara di atas merujuk tentang bagaimana kita manfaatkan usia dan masa kita sebelum 5 perkara . Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 104 : "sebaik-baik manusia adalah menyeru kearah kebaikan, mencegah kearah kemungkaran...". Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). Hadis ini merupakan satu peringatan dan tarbiah terbaik buat setiap umat agar sentiasa berwaspada dengan waktu kehidupan yang banyak cabarannya. Bagi mereka yang terpesona dengan tipu daya dunia pasti akan alpa dan leka dengan putaran kehidupan lalu mensia-siakan anugerah masa 24 jam sehari yang dikurniakan kepada seluruh umat manusia. Ayuh kita kongsikan pencerahan bersama!

00:00:00 / 00:51:41

Pencerahan tarbiyah kali ini memyungkai tentang 'Utama yang utama' bersama Ust Syahrizan Daud At-Turabi. :perkara kebajikan mestilah dibuat mengikut keutamaan melalui Allah berfirman dalam surah an-nisa ayat 36 " Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh , dan kawan-kawan dan sebagainya, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri .." bagaimana keutamaan hubungan dengan Allah selain manusia? Jom kita perincikan keutamaan bersama!

00:00:00 / 00:42:00

Segmen Tarbiyah kali ini berkenaan "Sedekah". Dalam istilah bahasa arab sedekah ialah Sa'daq membawa makna membenarkan. Terdapat juga 4 hak waktu manusia : hak ketika waktu kita taat kepada Allah-hak perlu mengikhlaskan sungguh kerana Allah, hak waktu kita ketika melakukan maksiat-beristifar hak meninggalkan perbuatan tersebut, waktu kita mendapat nikmat-bersyukur, hak waktu kita mendapat bala dengan sabar dan reda. Dalam Sabda baginda SAW , baginda ditanya oleh Abu Dzhar :" Ya Rasulullah SAW! Apakah perkara yang boleh menyelamatkan diri dari neraka ? Baginda menjawab : kamu mestilah beriman kepada Allah, tetapi beriman dengan mengamalkannya, beliau bertanya lagi, jika saya tidak mampu ? Nabi SAW menjawab : kamu memberi dengan apa yang diberikan dari Allah , jika dia tidak mampu, bagaimana? baginda bersabda lagi: menyeru kearah kebaikan dan mencegah perkara yang buruk, dan bagaimana jika tidak mampu? baginda SAW bersabda lagi : jika tidak mampu, bantulah orang yang susah seperti berbuat kebaikan sekecil-kecil zarah,. Abu Dzahr bertanya lagi bagaimaan kesemua-semua dia tidak mampu?kamu jangan membuat kejahatan kepada orang lain." (Riwayat hadis Abu Dzahr). dalam hadis tersebut baginda menyentuh serendah-rendah kebaikan adalah tidak berbuat jahat kepada orang lain. Bagaimana mahu beristiqamah?ayuh kita rungkaikan pencerahan di atas!

00:00:00 / 00:48:38

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan '' Belajarlah daripada lebah dan lalat". Allah menyebut dalam surah An-Nahl berkenaan seekor lebah Allah Swt mewahyukan lebah membuat sarang-sarangnya dibukit ditempat tinggi, lebah memilih tempat yang terbaik, pokok yang tinggi. Lebah suka mencari makanan yang terpilih yakni tempat yang terbaik, lebah mencipta sarang berbentuk enam segi. Menurut arkitek ukuran enam segi adalah paling kukuh. selain itu, sebahagian para doktor mengatakan madu yang dihasilkan oleh lebah bukan sahaja memberikan kebaikan dalam kesihatan tetapi sengat lebah juga akan menyembuhkan beberapa penyakit kepada manusia. Justeru, sangat berbeza dengan ciptaan lalat. lalat adalah binatang yang tidak mempunyai tempat tinggal, dan memberikan penyakit kepada manusia serta hinggap kepada semua tempat. belajar tentang dua haiwan menunjukkan ikhtibar manusia yang boleh diambil. kehidupan lebah berbentuk positif tetapi kehidupan lalat negetif. setiap kejadian Allah adalah berhikmah dan tidak sia-sia. Jom hayati setiap kisah lebah dan lalat yang dapat memberikan pengajaran bersama!

00:00:00 / 00:40:55

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan '' Pemuda yang Ideal" Nabi SAW: sesungguhnya Allah kagum terhadap pemuda yang tidak mengikut hawa nafsu (Sabwah) yakni tetap pendirian. Serta pemuda yang dekatkan diri dengan Allah." Terdapat juga tujuh golongan yang dilindungi di bawah naungan ‘Arsy-Nya. Dalam surah Al-Kahfi:13-14 yang bermaksud : "Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk..."(Surah Al-Kahfi 18:13). pengajaran dari surah di atas: pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah SWT dan berakhlak mulia, mereka juga mempunyai akidah yang benar, mereka adalah benar-benar yang memperjuangkan agama. Marilah sama-sama kita meladani kisah yang digambarkan dalam Al-Quran!

00:00:00 / 00:39:19

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan '' Hikmah disebalik peristiwa Nabi Khindir AS dengan Nabi Musa AS". Nabi Allah Khindir dengan Nabi Musa AS : pertemuan ini ada hikmah disebaliknya. surah Al-Kahfi ayat 68 sehingga ayat 70 juga menyentuh 3 perkara besar yang dilakukan oleh Nabi khindir AS : perbuatan memecahkan kapal, membunuh kanak-kanak, dan mendirikan dinding yang runtuh. Nabi Khaidir as menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku (68) Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu karunia dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya. Nabi Musa as berkata,Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun, (69) Dia (Khaidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” ( 70) Peristiwa tersebut turut dirakamkan dalam surah Al-Kahfi. Marilah sama-sama kita mengambil ibrah dari kisah yang digambarkan dalam Al-Quran!

00:00:00 / 00:39:19

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan '' Anak soleh impian keluarga" Anak disebut oleh orang ulama adalah amanah kepada ibubapa. Menurut Imam Al-Ghazali: Anak-anak adalah amanah kpd ibubapa, hatinya seperti permata, yang mana sangat berharga serta suci dari kotor, dan lukisan yang akan dibentuk oleh ibubapanya, kalau ibubapanya mengajarkan tentang sesuatu kebaikan maka, anak-anak mengamalkannya, maka mereka turut mendapat kebahagian didunia dan diakhirat" Ahli fatwa mesir ulama besar pada mengarang kitab buku eksplodia kelurga, susunan yang sangat baik, pembinaan anak-anak mestilah sebelum berkahwin seseorang itu, yang mana akan membentuk anak-anak akan lahir nanti. kahwinlah wanita dalam 4 perkara :" kahwin kerana berharta, kahwin kerana akan rupa yang cantik, kahwinlah kerana keturunannya, kahwinlah kerana agamanya, Nabi SAW bersabda : kahwinlah kerana agama, nescaya kamu akan bahagia didunia dan di akhirat." Adakah sikap refleksi anak-anak akan mempengaruhi dari sikap ibubapanya semasa zaman mudanya?, Marilah sama-sama kita perbaiki diri agar anak-anak akan menjadi soleh dan solehah!

00:00:00 / 00:47:59

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan '' Bicara dengan hikmah " kisah pengajaran anak muda yang ketika menegur imam mestilah dengan berhikmah, berbicara mesti ada konsep 1H 5w, iaitu How,what,who,when,where, why sebelum bercakap. Dalam surah An-Nahl ayat 125: "Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." [An-Nahl 16:125] bagaimana cara Nabi marah semasa menegur cara para sahabat ? Marilah sama-sama kita berbicara dengan berhikmah!

00:00:00 / 00:41:50

Topik rancangan Tarbiah menampilkan Ustaz Mohd Nasrul Abdul Nasir menjelaskan tentang " lapan nasihat tokoh agama yang hebat" iaitu Imam Hatim. Nama sebenar beliau ialah Al-Imam Hatim Al Asam, beliau merupakan murid kepada Imam As Syaqiq Al Balkhi. Imam Hatim pernah berguru dengan Imam Syaqiq selama 30 tahun, sejurus selepas pengajiannya beliau pernah ditanya oleh gurunya Syaqiq Al-Balkhi “Engkau telah belajar daripadaku selama 30 tahun lamanya. Apakah ilmu yang telah engkau dapat daripadaku, dalam jangkamasa yang lama kau pelajari dariku?. Jawab Imam Hatim kepada soalan tersebut adalah “Aku telah mendapatkan lapan faedah ilmu daripada segala apa yang aku pelajari. Lapan faedah ini sudah memadai untuk menyebabkan aku berjaya di akhirat dan mendapat keselamatan dan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti. Lalu Imam Syaqiq bertanya lagi “Apakah lapan faedah itu?. Ayuh kita selami lapan faedah yang terkandung dalam kisah di atas!

00:00:00 / 00:45:44

Ustaz Abdul Somad - MWPKL (Peringatan Akhir Zaman)

00:00:00 /

Ustaz Somad - IKIMfm (Fiqh Mazhab)

00:00:00 /

Kupasan membincangkan tentang "Hasad Dengki" menerusi kisah pada zaman Nabi Adam AS pembunuhan berlaku dikalangan yang anak-anak Nabi Adam As. Dalam surah lain melalui nabi Yusuf As dibunu oleh adik beradiknya berlaku juga disebabkan dengki, pelbagai kes dengki dikalangan umat islam, Hadis Rasulullah SAW: " kita perlu hati-hati dengan penyakit dengki, seperti api membakar kayu-kayu iaitu sama erti dengan pahala-pahala kita akan berkurang keran berdengki" terdapat juga khatabah dengki(dengki yang dibolehkan). kenapa ia masih berlaku hasad dengki ? hal ini kerana, ada sifat ego dan dengki sesama sendiri. Antara dua jenis hasad dengki :pertama : rasa marah terhadap orang melebihi daripadanya dan berharap orang itu akan hilang nikmat yang diperolehinya. Kedua, dia mahu memiliki apa yang orang yang melebihi daripadanya dan berharap akan hilang seseuatu yang ada pada orang tersebut. Ayuh kita jauhi sifat dengki!

00:00:00 / 00:42:13

Pencerahan tarbiyah kali ini memyungkai tentang 'La Tahzan (Jangan bersedih) bersama Ust Tuan Syed Norhisyam Cerita berkaitan dalam surah tersebut : (ـ(لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا) (“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita“. QS At Taubah:40). Nabi bersabda kepada Abu Bakar As : jangan sedih,jangan risau, bimbang Allah bersama kita." Ayuh kita kongsikan pencerahan bersama!

00:00:00 / 00:45:33

Pencerahan tarbiyah kali ini merungkai tentang ' Sebab doa tidak makbul' bersama Ust Tuan Syed Norhisyam. Kenapa tidak makbul doa kita ? Baca satu hadis Rasulullah SAW : berkata kepada seseorang sahabat, supaya makan yang baik-baik, ada orang muda yang bermusafir yang penuh dengan kusut masai, berdoa dengan penuh khusyuk, pada masa yang sama, makanannya, minumannya haram, sesuatu keburukan. perkara yang haram ini akan menyebabkan doanya tidak dimakbulkan. Saat abi Waqaf: "Bolehkah Rasulullah SAW: berdoakan untuk saya agar setiap doa saya dimakbul, Nabi SAW : jagalah makanan kamu, nescaya doa kamu dimakbulkan", Hal ini kerana, segelintir kamu masih tidak memahami apa yang kamu doakan. Ayuh kita kongsikan pencerahan bersama!

00:00:00 / 00:40:48

Kupasan kali membicarakan berkenaan "Mahu beli dekat mana?" Orang mukmin sebahagian orang seperti pemuda yang seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan. Kepelbagaian dalam bidang ini. Orang mukmin yang saling menguatkan dalam bidang dakwah, dna menguatkan ummah. Fokus kita kali ini ekonomi iaitu saling menguatkan membantu sesama mukmin , iaitu membantu ekonomi sesama sendiri. nescaya akan mendapat pahala. Nabi SAW : Peniaga yang benar, jujur dan amanah akan bersama dengan nabi-nabi lain" Jom meneruskan lebih mendalam!

00:00:00 / 00:38:25

Pencerahan tarbiyah kali ini membincangkan tentang 'Isra' Mikraj : Iman vs logik ' bersama Ust Tuan Syed Norhisyam Tuan Padang. Kisah Nabi SAW : berbeza-beza pendapat baginda tentang tarikh 27 rejab bulan rejab israq dan mikraj. Sempena peristiwa isra dan mikraj adalah lebih penting mengingati peristiwa tersebut, supaya kisah peristiwa diambil pengajaran. Antara perkara penting tentang peristiwa isra dan mikraj iaitu perkara aqidah dan iman . Saidina abu bakar diberikan gelaran Siddiq (yang membenarkannya) dengan aqidah iman yang kukuh. Bahkan Ibnu Ishak ada orang yang murtad tatkal menerima berita tersebut hal ini kerana mereka menepikan iman daripada logik akal. tiba-tiba Nabi SAW mendakwa dari mekah ke palestin, dan baginda pergi hanya satu malam. Ayuh kita kongsikan pencerahan bersama!

00:00:00 / 00:43:17

Pencerahan tarbiyah kali ini memyungkai tentang 'Marhaban Ya Ramdhan' bersama Ust Syahrizan Daud At-Turabi. Terdapat golongan manusia apabila ramadhan : golongan yang sedih iaitu golongan yang buat maksiat (yang menghambakan hawa nafsu) , golongan yang gembira :perkara kebajikan mestilah dibuat mengikut keutamaan melalui Allah berfirman dalam surah an-nisa ayat 36 " Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh , dan kawan-kawan dan sebagainya, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri .." bagaimana keutamaan hubungan dengan Allah selain manusia? Jom kita hayati ramadan bersama!

00:00:00 / 00:41:52

Segmen Tarbiyah kali ini berkenaan "Handphone dibulan Ramadan " 'Handphone' adalah majoriti manusia menggunakan telefon, adakah telefon lebih digunakan dibandingkan membaca Al-Quran? Ramai dikalangan kita lebih pentingkan telefon daripada membaca Al-Quran. Segelintir tetamu Allah dimekah segolongan manusia lebihkan selfie berbanding dengan menghayati Ibadah di mekah. Telefon boleh mempercepatkan maklumat tetapi dari segi rujukan mestilah dirujuk Al-Quran dan Hadis. Telefon juga ibarat pisau : boleh digunakan untuk bermanfaat atau sebaliknya. Ayuh kita bijak menguruskan telefon bagi menghayati ramadan !

00:00:00 / 00:46:49

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan ''Ramadan Bulan Al-quran" Bersama Ustaz Syed Nor Hisyam bin Tuan Padang. “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (QS. Al Baqarah: 185) orang yang bertadarus akan mendapat 2 kali ganda pahala iaitu pahala membaca Al-Quran dan pahala tadarus kerana sebahagian sunnah Nabi SAW. Nabi SAW pernah bertadarus dengan Malaikat Jibrail tetapi orang yang membaca Al-quran akan mendapat pahala membaca Al-Quran sahaja. ayuh kita hayati pencerahan di atas !

00:00:00 / 00:39:34

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan ''Tarbiyah "Bersama Ustaz Syed Nor Hisyam bin Tuan Padang. Tajuknya "Ulangkaji Sunnah Aidilfitri". Pertama, setkan Adilfitri kita mahukan pahala dari Allah. segelintir Apabila sehari mendekati pada satu syawal dia melakukan maksiat. Tanda kejayaan selepas menundukkan nafsu ialah membesarkan kesaan Allah dengan bertakbir kepada Allah. sunat dan sunnah adalah perkara Nabi SAW suka serta mengambarkan kepada kecintaan kepada baginda SAW. Sunnah bagaimana yang disyorkan oleh Nabi SAW ? Marilah sama-sama kita menikmati Sunnah Adilfitri!

00:00:00 / 00:43:22

Topik Tarbiyah kali ini berkenaan '' Niat ke Mekah" Sudahkah niat ke mekah? Adakah orang yang miskin tidak boleh ke mekah kerana tidak mampu, dan adakah orang kaya ada yang tidak ke mekah ? rezeki ke mekah adalah pilihan Allah. berapa kali kita pernah berdoa untuk ke mekah? bersungguhlah untuk ke mekah, jika kamu tidak mampu ke mekah dan mohon doa kepada Allah di mekah kerana disana adalah mustajab doaNya, Marilah sama-sama kita Niat ke mekah!

00:00:00 / 00:45:43

Kupasan menarik kali ini " Ukhuwwah Fillah " bersama Ustazah Muzayyanah Bt Abdullah. Hidup dan mati kita mempunyai sahabat yang ramai, saudara-saudara yang mendoakan kita semua. Ukhuwah fillah didunia dan diakhirat, menerusi hadis baginda menyebut ciri saudara ukhuwah kerana Allah seperti berikut : Dari Abu Hurairah ra dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” Hadis mengambarkan ikatan ukhuwah yang direda dan dirahmati oleh Allah. Jom kita bina Ukhuwah Fillah !

00:00:00 / 00:47:01

Kupasan menarik kali ini menyinkap tentang kuasa " senyum" Menurut kamus dewan senyum adalah gerak bibir yang kita menaikkan hujung bibi kiri dan kanan tanpa suara dan hatinya gembira. Bagaimana nilai senyum itu ? Hidup ini adalah untuk Allah SWT kerana senyu akan memgubah sesuatu positif dari negetif. "Sabda Nabi SAW : sesungguhnya senyum kepada saudara kamu adalah sedekah". kita yang sentiasa dalam masalah adalah mestilah senyum. Dengan senyum kita dibibir adalah amalan kamu untuk di akhirat. senyumlah dengan mana-mana keadaan, situasi walaubagaimanapun kamu rasai. senyum boleh mengubahkan situasi negetif kepada positif serta mengubah yang pertelingkahan. Jom kita bina senyum dari hati !

00:00:00 / 00:45:04

Topik rancangan Tarbiah menampilkan Ustazah Muzayyanah Bt Abdullah menjelaskan tentang "Tetamu Allah" Tetamu ialah orang membuat persiapan. Tetamu Allah tentang musim haji. Teruskan berdoa agar kita layak menjadi tetamu Allah. Apabila ketibaan musim haji sebutlah : Ya Allah permudahkanlah jangan susahkan. bagaimana ada segelintir yang masih tidak membuat persiapan ? bagaimana kita layak menjadi tetamu Allah ? Nabi SAW bersabda Terdapat 4 golongan melakukan haji: "orang kaya melakukan haji kerana melancong, orang pertengahan keran berniaga, oarang miskin menunaikan haji kerana meminta, dan orang yang Qari (Ulama) menunaikan haji kerana riak dan taqbur". hadis di atas membawa peringatan terhadap kita agar tidak tergolongan dikalangan tersebut. Ayuh kita bersiap sedia menjadi tetamu Allah yang bertaqwa !

00:00:00 / 00:40:51

Dari Konti Ke Pentas (LIVE)-TARBIYAH Ikuti siaran langsung Tarbiyah yang sampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail. Terbitan DJ Norhayati Paradi. #tvikim #ikimfm #tarbiyah #kedah #bedong

00:00:00 / 01:11:15

Bersama Ustazah Norhafizah Musa dengan perkongsian tajuk Pengurusan Kesakitan.

00:00:00 / 00:45:44

Ciri Mukmin Berjaya Bahagian 1

00:00:00 / 00:43:20

Ciri Mukmin Berjaya Bahagian 2

00:00:00 / 00:49:25

Beri Manfaat Elak Mudharat

00:00:00 / 00:48:34

Ibrah Sebuah Perjalanan

00:00:00 / 00:45:05

Mujahadah Ramadan Bahagian 1

00:00:00 / 00:45:37

Terapi Syukur

00:00:00 / 00:46:20

Mujahadah Ramadan Bahagian 2

00:00:00 / 00:45:48

Memujuk Rajuk , perkongsian bersama Ustaz Rohaily Abdul Hamid.

00:00:00 / 00:43:26

Syukur Kekuatan Yang Dilupakan

00:00:00 / 00:43:07

10 Ciri Mukmin Berjaya-Prof. Madya Dr. Syarifah Hayaati

00:00:00 / 00:49:25

Seni Doa-Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin

00:00:00 / 00:46:26

Kembali bersama Ustazah Norhafizah Musa

00:00:00 / 00:44:52

Kembali-Datuk Ustazah Norhafizah Musa

00:00:00 / 00:48:09

Indahnya Hidup-Datuk Dr. Norhafizah Musa

00:00:00 / 00:47:45

Masa Yang Berkat-YBhg. Dr. Nik Roskiman Abdul Samad

00:00:00 / 00:47:26

Uruskan Nafsumu-Datuk Ustazah Norhafizah Musa

00:00:00 / 00:45:21

Mengurus Depresi-Ustazah Noor Laila Aniza Bt. Zakaria

00:00:00 / 00:45:50

Ajaibnya Doa-Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

00:00:00 / 00:44:34

Tarbiyah-Doa Yang Berkat-Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

00:00:00 / 00:45:43

Tarbiyah-Hati Yang Tenang-Ustazah Noor Laila Aniza Bt. Zakaria

00:00:00 / 00:45:21

Tarbiyah-Amalan Pembuka Rezeki-Ustazah Noor Laila Aniza Bt. Zakaria

00:00:00 / 00:46:57

Merdekakan Masa-Ustazah Nurul Hidayah Kamaruddin

00:00:00 / 00:44:41

Tarbiyah-Malu Pakaian Iman-Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

00:00:00 / 00:49:00

Tarbiyah-Urus Nafsumu-Datuk Ustazah Norhafizah Musa

00:00:00 / 00:42:52

Tarbiyah-Hati Yang Tenang-Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

00:00:00 / 00:48:00

Tarbiyah-Hati Yang Sabar-Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

00:00:00 / 00:46:25

Tarbiyah-Merawat Hati-Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

00:00:00 / 00:50:29

Tarbiyah_Kenali Cinta Dunia-Ustazah Nurul Hiyah Kamarudin

00:00:00 / 00:49:39

Tarbiyah-Bahaya Fitnah-Ustazah Nurul Hidayah Kamaruddin

00:00:00 / 00:43:26
Footer Banner