Refleksi Buku - Fatwa dan Perbezaan Pandangan: Cabaran dan Penyelesaian Tetamu: Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Pengarah Pusat SYARAK IKIM) Mohamad A'sim Ismail (Ketua Unit Editorial IKIM) DJ: Sufian Amrin Hazwan Syah Penerbit: Hjh. Maslina Ezlina Alias Fatwa dan perbezaan pandangan merupakan dua perkara penting dalam tradisi keilmuan Islam. Kedua-duanya mempunyai kaitan rapat kerana fatwa lazimnya timbul apabila berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ahli fiqah yang disebabkan tiadanya hukum pada isu-isu baharu. Dalam buku ini, kedua-dua tema tersebut dibincangkan melalui perbahasan secara teori dan praktis. Antara perbahasannya adalah berkaitan kedudukan fatwa dalam ilmu usul fiqah dan cerminannya dalam pemikiran tokoh silam seperti Imam al-Ghazali. Turut dikupas ialah cabaran pemerkasaan institusi kefatwaan di Malaysia, terutamanya dalam rangka mencari jalan penyelesaian ke arah penyelarasan fatwa antara negeri-negeri di Malaysia. Kedudukan fatwa dalam perundangan negara juga diteliti di samping penekanan terhadap keperluan kepada perbahasan fatwa dalam konteks fiqah yang lebih bersifat setempat. Sementara itu, bawah tema perbezaan pandangan, buku ini mengimbau pendekatan yang dibawa oleh tradisi keilmuan Islam, terutamanya dalam konteks adab perbahasan ilmiah dan perdebatan. Dalam bidang usul fiqah pula, perbezaan pandangan dihuraikan melalui konsep-konsep penting seperti ijtihad dan talfiq. Pada akhir buku ini, turut dibincangkan sejauh mana Islam melihat prinsip, adab, dan kaedah perbezaan pandangan ini agar mampu membawa kepada kebaikan kerahmatan dan bukan perpecahan.
Buku ini menghuraikan tentang teknologi terkini dalam industri pemakanan, iaitu penghasilan daging bukan dengan cara penternakan haiwan tetapi dalam makmal. Daging yang terhasil dinamakan Daging Kultur. Melalui buku ini, para pembaca dapat mengetahui beberapa perkara penting perihal daging kultur seperti sejarah penghasilan daging ini, faktor yang mendorong para saintis merekanya, selain beberapa teknik penghasilannya. Maklumat utama dalam buku ini adalah perihal status halal daging kultur. Buku ini sesuai untuk segenap lapisan masyarakat bermula dari pelajar sekolah dan mahasiswa universiti yang berminat dengan teknologi dalam industri pemakanan sehingga kepada pemain industri pemakanan sendiri yang memang sudah terlibat secara langsung dalam industri ini.