Kapsul Integriti: Kami Warga Kerja IKIM Berintegriti. Menurut Glosari Integriti, Integriti merujuk kepada perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan amanah dan bijaksana. Integriti ini merupakan elemen yang perlu dihayati oleh setiap individu (pekerja) yang berada di dalam sesuatu organisasi. Di dalam Islam, integriti juga boleh diungkapkan dengan sifat amanah dan _‘itqan_ (bersungguh-sungguh) sepertimana di dalam sabda Nabi; _‘Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan itqan (bersungguh-sungguh)’._ Sebagai seorang Muslim, amanah dan tugas yang digalas perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan menjauhi perbuatan yang menyalahi tuntutan agama. Ayuh kita telusuri budaya kerja Warga Kerja IKIM berintegriti. #institutkefahamanislammalaysia #integritipemangkinkeluargamalaysia