Proportion
(VIPKI) MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA 2024 - Episod 1

KEMBALI - JOHAN

Mengisahkan Hakim, seorang pemuda yang mengimbau kenangan indah bersama ibunya. Ibunya dikenali sebagai seorang wanita berhati mulia yang sentiasa berbuat baik dan membantu sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama tanpa mengira balasan. Melalui kenangan itu, Hakim belajar bahawa nilai kasih sayang dan kemanusiaan adalah inti ajaran Islam yang sebenar. Kisah ini menyentuh hati, mengangkat mesej perpaduan dan keindahan akhlak dalam kehidupan seharian
Horizontal Banner

Mengisahkan Hakim, seorang pemuda yang mengimbau kenangan indah bersama ibunya. Ibunya dikenali sebagai seorang wanita berhati mulia yang sentiasa berbuat baik dan membantu sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama tanpa mengira balasan. Melalui kenangan itu, Hakim belajar bahawa nilai kasih sayang dan kemanusiaan adalah inti ajaran Islam yang sebenar. Kisah ini menyentuh hati, mengangkat mesej perpaduan dan keindahan akhlak dalam kehidupan seharian

00:00:00 /

Mengisahkan seorang remaja yang sering menunjukkan sikap tidak menghormati jirannya. Remaja tersebut tidak senang dengan kehadiran jirannya itu dan sering mengabaikan nilai-nilai hormat dalam bermasyarakat. Namun, segalanya berubah apabila dia kehilangan ibunya. Dalam kesedihan dan kesunyian, jiran berbangsa Cina itu tampil menunjukkan keprihatinan yang mendalam, membantu Adik demi membalas jasa ibunya yang dahulu mengambil berat. Video ini mengetengahkan mesej indah tentang hubungan kejiranan, kemanusiaan, dan kepentingan menghormati satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama.

00:00:00 /

Fia, seorang gadis yang dahulunya dikenal sebagai anak yang baik, menghadapi kejutan budaya selepas memasuki universiti. Tertarik dengan gaya hidup baru bersama rakan-rakan, Fia mula mengabaikan tanggungjawabnya untuk belajar. Dia sanggup menipu ibunya untuk mendapatkan wang demi memenuhi keseronokkan sementara. Namun, semuanya berubah apabila Fia dikhianati oleh rakan-rakan yang disangka sahabat sejati. Kejadian itu membuka matanya, membawa Fia kembali ke pangkal jalan untuk memperbaiki diri dan menghargai pengorbanan ibunya. Kisah ini menyampaikan mesej tentang kepentingan nilai keluarga, kesedaran diri, dan perubahan ke arah kebaikan.

00:00:00 /

Video pendek ini mengisahkan seorang pelajar berbangsa Cina yang baru mencapai usia 20 tahun dan merancang untuk mengadakan majlis hari jadinya di rumah. Namun, kegembiraannya terganggu apabila dia terdengar perbualan rakan-rakan berlainan kaum, khususnya rakan Muslim, yang bimbang mengenai kehadiran anjing di rumah dan perkakas yang tidak halal. Perasaan susah hati ini mendorongnya untuk mendapatkan nasihat daripada seorang ustaz. Cerita ini membawa mesej yang kuat mengenai toleransi, hormat-menghormati, dan kefahaman antara budaya dan agama. Ia menunjukkan bagaimana komunikasi yang baik dan sikap saling menghormati boleh menjadikan hubungan lebih harmoni dalam masyarakat majmuk.

00:00:00 /

Sekumpulan pelajar universiti sering menghadapi dilema antara menunaikan solat dan menghadiri kuliah yang melarang mereka meninggalkan kelas. Suatu hari, terdapat seorang pelajar dalam perjalanan ke surau telah diserang oleh dua orang perompak. Kebetulan, pensyarah mereka, melalui kawasan tersebut dan cuba membantu. Keesokan harinya, suasana kelas berubah. Ketika azan berkumandang, Pensyarah mereka menghentikan pengajaran dan memberi waktu kepada para pelajarnya untuk menunaikan solat. Video ini menonjolkan pentingnya menjaga solat walaupun dalam kesibukan dan bagaimana pengalaman berat boleh membawa kesedaran kepada semua pihak.

00:00:00 /

Video ini mengisahkan seorang remaja bernama Bai, yang dahulunya dikenali sebagai seorang anak muda yang taat kepada Allah, bertanggungjawab, dan sentiasa melakukan kebaikan. Namun, kehidupannya berubah selepas dia melalui pengalaman pahit yang mencalar keyakinannya terhadap orang lain. Bai mula memandang serong terhadap mereka di sekelilingnya, dan prasangka buruk itu menjauhkan dia daripada hubungan baik dengan manusia dan Allah SWT. Video pendek ini mengisahkan kepentingan menjaga hubungan sesama manusia sebagai refleksi hubungan kita dengan Allah SWT, serta mengatasi kepahitan untuk meraih ketenangan dan keberkatan.

00:00:00 /

Mengisahkan seorang remaja bermasalah yang telah jauh tersasar daripada iman dan kebenaran. Hidupnya penuh dengan dosa dan kekerasan, bermula dengan mencuri, memukul orang, sehingga akhirnya terjerumus ke dalam dosa paling besar—membunuh. Namun, ketika dia sedang melakukan perbuatan kejam itu terhadap seorang lelaki tua, sesuatu yang mengejutkan terjadi. Kisah ini adalah sebuah peringatan yang mendalam tentang bagaimana dosa dapat menggelapkan hati, tetapi rahmat Allah sentiasa ada untuk sesiapa yang mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

00:00:00 /

Video ini mengisahkan pemuda-pemuda yang menyampaikan nilai tolak ansur dan toleransi turut menjadi asas kepada keharmonian. Di samping itu, video ini menyerlahkan kemanusiaan dan empati, mengingatkan bahawa rasa kasih sayang dan prihatin terhadap orang lain adalah kunci kepada masyarakat yang damai dan bersatu padu. Kisah ini menginspirasi penonton untuk terus memelihara perpaduan dalam kepelbagaian demi kesejahteraan bersama.

00:00:00 /
Footer Banner