DOKUMENTARI KHALEEF BATEQ EPISOD 1 : “Antara Tauhid dan Tradisi” Kehidupan tradisional suku Bateq kini berhadapan dengan perubahan besar. Pembaharuan dan pengenalan kepada ilmu amat mencabar bukan sahaja bagi MAIK, UniSZA, JAKIM, JAKOA & PERKIM. Gabungan usaha dari pelbagai agensi kerajaan bergabung tenaga untuk membawa pembaharuan pendidikan kepada masyarakat Bateq. Matlamatya adalah untuk memperkenalkan ilmu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sambil menghormati dan memelihara adat dan budaya mereka Bagaimanakah suku Bateq akan menerima dan meninggalkan cara hidup tradisional demi masa depan generasi mereka?