Berkat Halalan Toyyiban “Dari ladang ke meja anda, membawa berkat Halal dan Toyyiban” Podcast Berkat Halalan Toyyiban dibawa khas oleh IKIM dengan Kerjasama Nestlé Malaysia, akan mengupas kepentingan Halal dan Toyyiban dalam industri dan bagaimana Syarikat multinasional seperti Nestlé Malaysia mengaplikasikannya demi menjaga keterjaminan produk Halal. Podcast ini turut boleh di tonton di TVIKIM, Facebook dan Youtube IKIMfm. Episod 1: Pengenalan kepada Amalan Halal & Toyyiban dalam industri Pengacara: Faiz Haji Othman Panelis: Dr. Mohd Aizam Masód Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pematuhan Syariah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Nasrul Hadi Mohd Nor Ketua Hal Ehwal Halal, Nestlé Malaysia
Episod kali ini akan membicarakan proses pensijilan Halal di Malaysia. Bagi pengusaha yang merancang untuk mendapatkan sijil Halal pada tahun 2025 rancangan ini pastinya akan memberi banyak panduan berguna. Memahami Proses Pensijilan Halal di Malaysia Isnin, 23 Disember 2024 Jam 8.30 - 9.30 pagi Rancangan akan ke udara di IKIMfm, https://www.tvikim.my/live.php dan Platform Media sosial IKIMfm dan tvIKIM
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Episod ini membincangkan amalan terbaik dalam memastikan bahan mentah halal, seperti memastikan pembekal diiktiraf halal dan menjalankan pemeriksaan teliti. Selain itu, ia menekankan kepentingan audit berkala, dokumentasi yang jelas, dan latihan kakitangan untuk memastikan kepatuhan kepada piawaian halal. Amalan Terbaik dalam Perolehan Bahan Mentah Halal Jangan ketinggalan!
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Pentingnya memastikan bahan mentah halal sebelum menghasilkan produk akhir! Dengarkan penjelasan mendalam daripada Ustaz Muhyidin (JAKIM) dan Ustaz Amri (MyHAC) dan pelajari juga peranan JAKIM & MyHAC dalam pensijilan halal dan bagaimana analisis makmal memainkan peranan penting dalam memastikan status halal produk. HALAL : BAHAN MENTAH VS PRODUK AKHIR Jangan ketinggalan!
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Dengarkan perkongsian tentang tip dan amalan terbaik ketika berada di bazar Ramadan bersama Ts. Shamsiah binti Aziz (Pegawai Teknologi Makanan, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan) & En Mohd Aidil Fitri Mohd Anwar, (Pengurus Jualan, Nestle Malaysia). BAZAR RAMADAN: TIPS DAN AMALAN TERBAIK Jangan ketinggalan! Isnin 17 Februari 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"