IKIM Merentas Benua : Uzbekistan adalah sebuah travelog yang bertujuan menghidupkan semula peradaban Islam berkaitan sejarah, ahli ilmuan Islam dan sumbangan mereka dalam dunia ilmuan Islam. Travelog ini adalah bagi membawa penonton mengembara dan melihat tempat-tempat sejarah ketamadunan Islam di Tashken & Samarkand Uzbekistan. Istimewa Ramadan ini IKIM mengembalikan semula peradaban Islam dengan membawa penonton melawat dan melihat keindahan bandar Tashkent dan melawat Hazrati Imam Kompleks yang merupakan penempatan atau pusat islam tertua di Uzbekistan selain melawat muzium Al-Quran tertua dimana tersimpannya manuskrip dan naskah Al-Quran yang ditulis dan baca oleh Saidina Uthman RA serta terdapat percikkan darah semasa beliau dibunuh. Tonton secara ekslusif hanya di www.tvikim.my
SINOPSIS IKIM MERENTAS BENUA UZBEKISTAN EPISOD 2 Merentas Benua Uzbekistan membawa penonton menyusuri jejak kegemilangan Islam di Tashkent, dari International Islamic Academy of Uzbekistan hingga ke Chorsu Bazar yang penuh warna-warni. Perjalanan ini mengungkap keindahan warisan ilmu, makam ulama besar, serta hiruk-pikuk budaya tempatan. Episod ini mengakhiri penjelajahan di Madrasah Kolkadesh, salah satu madrasah tertua di Tashkent. Penonton bukan sahaja mengenali sejarah dan keindahan Uzbekistan, tetapi juga memahami kesinambungan warisan Islam yang terus berkembang di rantau ini. Jangan ketinggalan! Sabtu 15 Mac 2025 Jam 3Petang Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial tvIKIM #TVIKIM #Travelog #Uzbekistan
Dalam episod 3, penonton akan dibawa melawat ke Centre of Islamic Civilization, sebuah pusat ilmu yang yang gemilang sebagai mercu tanda peradaban Islam. Di sini, kami diberi peluang eksklusif untuk melihat keindahan seni bina pusat tersebut serta memahami visinya yang besar. Selain itu delegasi IKIM bersama kru penerbitan menjalinkan hubungan diplomatik, ilmu, dan budaya Islam. Perjalanan bermula dengan kunjungan ke Kedutaan Malaysia di Uzbekistan. Pengembaraan ini berakhir dengan rasa syukur dan keterujaan untuk destinasi seterusnya—Samarkand, kota bersejarah yang menyimpan warisan agung Islam. Saksikan perjalanan penuh inspirasi ini, menyusuri jejak sejarah, ilmu, dan kebudayaan yang terus hidup hingga ke hari ini.